Kesesakan Lalu Lintas: ECRL Boleh Jadi Pilihan … Tukar Kerajaan, Tukar Balik Jajaran

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) boleh jadi pilihan orang Pantai Timur.

Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang memaklumkan bahawa masalah kesesakan jalan raya setiap kali musim perayaan khususnya ke pantai timur dijangka dapat diselesaikan selepas ECRL siap.

Sehubungan itu Shabery mengingatkan berkaitan pertukaran kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Dulu janji nak batal pun orang sokong. Lepas tu tak jadi batal tukar jajajaran. Dari Kelantan nak ke KL lalu Negeri Sembilan.

“Tukar kerajaan, tukar balik jajaran. Akhirnya yang asal juga betul,” katanya lagi.

Terdahulu dilaporkan aliran trafik di lebuh raya utama mengalami kesesakan teruk berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.