Kesyukuran Bersama Keluarga, Aidilfitri Bawa Manifestasi Tersendiri – Najib

PETALING JAYA, 4 Mei – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini memberikan suatu manifestasinya tersendiri.

Katanya ini kerana, umat Islam di negara ini diberi kesempatan untuk pulang ke kampung selepas dua tahun tidak dapat melakukannya kerana kekangan penularan COVID-19.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin sudah tentu setelah dua tahun kita tidak boleh beraya dan tidak boleh balik ke kampung jadi raya pada kali ini sangat bermakna,” ujar beliau.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri, turut berharap sempena bulan Syawal yang mulia rakyat Malaysia terutamanya ahli UMNO untuk terus mendoakan yang terbaik buat negara dan parti tercinta.

“Kita harap raya kali ini meriah tapi dibuat cara sederhana dan insya-Allah kita doa bahawa masa depan kita bersama termasuk UMNO dan negara akan terus bertambah dengan lebih bak lagi,” ujar beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pertengahan April memaklumkan berita gembira buat semua rakyat Malaysia kerana kesemuanya ‘bebas’ dan boleh pulang berhari raya di kampung halaman setelah dua tahun berdepan Printah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata ini selaras dengan keputusan negara memasuki fasa peralihan endemik pada 1 April lalu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.