Setiausaha Agung UMNO Terima Kunjungan Duta Rusia

KUALA LUMPUR, 28 April – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerima kunjungan Duta Rusia TYT Naiyl M Latypov di pejabatnya di Menara Datuk Onn, di sini, baru-baru ini.

Dalam pertemuan tersebut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian meluahkan perasaan bimbang terhadap konflik perang Rusia-Ukraine dan berharap usaha damai dapat dicapai.

Suara keprihatinan Ahmad itu turut menarik perhatian Duta negara itu apabila beliau juga menyokong usaha perdamaian perlu disegerakan.

Seterusnya, dalam pertemuan yang itu, Naiyl M Latypov juga memandang tinggi terhadap parti UMNO dan turut mengambil peluang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Selain itu, beliau bersetuju agar ada pelajar Islam dari Rusia belajar di sini kerana Malaysia mengamalkan Islam yang sederhana dan harmoni.

Perbincangan juga berkisar tentang hubungan dagang minyak sawit dan bahan makanan ternakan haiwan. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.