UMNO Kukuh Depani Cabaran… Tun M Terus Papar Wajah Sebenar – Razlan

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii melihat mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus memaparkan sikapnya yang sebenar terhadap rakyat.

Jelas beliau hari ini, Tun Dr Mahathir dilihat terus menulis dan menghasut orang UMNO untuk dipecah-dipecahkan daripada dalam, namun keadaan tidak sepertimana yang diharapkan malah UMNO terus kukuh mendepani cabaran.

“PKR memberikan logo parti mereka untuk Tun Mahathir bertanding, sehingga beliau dapat jadi Perdana Menteri semula. Janji Tun M kepada PKR adalah mengangkat Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

“Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya, jangka masa terus berubah sehingga janji setahun jadi dua tahun, bertukar pula selepas bulan 11, kemudian tidak cukup masa pula nak laksanakan dasar, akhirnya di tikam oleh PPBM dengan alasan orang Melayu tak nak Anwar jadi Perdana Menteri.

“Hari ini, Tun M menulis rupanya untuk menghasut orang UMNO untuk dipecah-pecahkan dari dalam, setelah sekian lama beliau menghasut untuk UMNO terus terkubur melalui proksi di dalam UMNO, namun, UMNO terus segar dengan mendapat mandat rakyat,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Soal Razlan lagi, apakah Tu Dr Mahathir memikirkan orang lain akan bertindak serupa dengan apa yang beliau lakukan.

“Tun Mahathir selalu berfikir, apa yang beliau lakukan, orang lain akan bertindak serupa dengan apa yang difikirkan. Eloklah amalkan ibadah berpuasa dari terus dibelenggu oleh masalah parti kami. Niat kamu menulis amat jelas,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.