“Bodoh Betul Yang Buat Fitnah Ini,” Bidas Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR, 25 Mac – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan meluahkan perasaan geram terhadap pihak yang sentiasa membuat fitnah termasuk terhadap dirinya dan juga parti.
“Bodoh betul yang buat fitnah ini,” ciapnya di Twitter.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memberi respon ringkas demikian merujuk kepada satu keratan grafik kononnya kenyataan media darinya yang berkata Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan mengadakan mesyuarat khas pada malam ini berhubung isu politik semasa. – UMNO ONLINE
Bodoh betul yang buat fitnah ini. pic.twitter.com/Tw5rIReJzl
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) March 24, 2022