Lanjutkan Subseksyen Sosma Gagal: Perjanjian Kerajaan, Pembangkang Sudah Tidak Boleh Diguna Pakai

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ternyata perjanjian di antara kerajaan dan pembangkang sudah tidak boleh diguna pakai dan ianya terbatal, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii.

Keadaan itu katanya adalah salah satu penyebab sekarang adalah masa terbaik untuk melaksanakan pilihan raya umum.

Ulasnya, amat jarang sekali dilihat akta yang dibawa ke dalam Dewan Rakyat oleh kerajaan gagal tetapi melepasi undi kemenangan.

“Ada banyak cubaan serang hendap dilakukan oleh pembangkang semasa sesi Parlimen berlangsung sebelum ini.

“Budget 2020 juga kelihatan setiap kali bill mahu diluluskan setiap kali itulah kerajaan bertungkus lumus mendapatkan kehadiran sehingga pernah ahli Parlimen memakai PPE (pakaian pelindungan diri) untuk membuang undi,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Dilaporkan, hari ini usul untuk melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) gagal mendapat sokongan mencukupi Dewan Rakyat di mana hanya 84 ahli Parlimen bersetuju berbanding 86 yang tidak bersetuju dalam proses undi belah bahagi tersebut.

Jelas Razlan lagi, kegagalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin meluluskan subseksyen Sosma menunjukkan dengan jelas ianya sudah tidak stabil dan memberi gambaran buruk kepada kerajaan di dalam Parlimen. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.