PRN Johor Sentimen Kenegerian? Shafie Lupa PRN Sabah Warisan Kempen ‘Sabah For Sabahan’

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari membidas Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hanya mencari alasan menyalahkan pihak lain apabila kalah teruk di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ujarnya, ini berikutan Warisan bertanding di enam kerusi dan kalah kesemuanya.

“Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berkata yang Warisan kalah disebabkan Barisan Nasional (BN) dan Dap bermain sentimen kenegerian semasa berkempen.

“Ini alasan orang yang kalah walhal beliau sendiri menggunakan kempen “Sabah for Sabahan” semasa PRN Sabah yang lepas dan tetap kalah juga,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Ulasnya lagi, rakyat Johor sendiri sudah tahu yang parti Warisan tidak sesuai di Johor.

Dilaporkan, pada PRN Johor baru-baru ini, Warisan yang bertanding enam kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas menerima tamparan hebat apabila kalah teruk dan hilang deposit.

Manakala BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri dengan menang dua pertiga sebanyak 40 kerusi berbanding 56 kerusi jumlah keseluruhan.

Seterusnya ulas Azhari mengenai Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2021) ini, sudah pasti ia sangat menarik untuk diikuti.

“Mari kita ikuti perbahasan demi perbahasan dari perwakilan yang memberi ucapan dan ucapan dasar dari Presiden,” katanya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.