Jangan Sia-siakan Undi… Kestabilan Politik Beri Manfaat Pada Rakyat – Najmil

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sahaja penting untuk kestabilan politik negeri, malah ianya akan memberi impak kepada negara.

Sehubungan itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, menyeru kepada semua pengundi di negeri Johor agar jangan sia-siakan undi.
“Undi Barisan Nasional (BN) demi masa depan kita semua. Sejak BN hilang kuasa, negara telah hilang kestabilan politik.

“Nampak macam perkara mudah, namun kestabilan politik amat penting untuk kerajaan melaksana dasar dan polisi yang berpihak kepada rakyat.

“Kerajaan yang kukuh juga penting untuk membangunkan ekonomi yang mampan dan akhirnya memberi manfaat kepada rakyat. Selamat mengundi kepada seluruh rakyat johor,” katanya menerusi kenyataan dalam facebooknya, hari ini.

Dilaporkan, sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka untuk proses pengundian hari ini.

Sebanyak 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Pada PRN Johor kali ini, seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – UMNO Online

Oleh: Ropikah Ahmad

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.