Rakyat Sudah Serik, Tidak Mahu Ditipu Kali Kedua Dengan PH – Azeez Rahim

LAYANG-LAYANG, 11 Mac – Hanya tinggal beberapa jam sebelum mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, masyarakat India sudah serik ditipu untuk kali kedua, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim

Ini kerana mereka mengharapkan agar Barisan Nasional (BN) kembali menerajui negeri ini kerana BN tetap menunaikan janjinya berbanding dengan parti lawan.
“Cukup-cukuplah kami sudah kena tipu dan mendoakan agar BN menang dan pengundi India memberikan pengakuan untuk mengundi BN serta berharap satu gerak kerja lebih cemerlang daripada dahulu. Itu yang pengundi India harapkan dan sebab itu negara ini sudah rugi masa hampir empat tahun.

“Saya tidak kata tipu tapi rakyat yang mengatakannya dan yakin serta percaya melihat rakyat sudah bangkit dan mahukan BN walaupun dihina selepas kalah pada 2018.

“Kalau dulu empat tahun (2018) BN sudah menang, negara ini tidak akan ketinggalan, sekarang ini sudah ketinggalan jauh dan hendak kejar balik yang ketinggalan masa yang terbuang itu serta kena lipat gandakan usaha di atas segala janji-janji yang tidak dipercayai,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Turut hadir, calon DUN Layang-Layang Abd Mutalip Abd Rahim, Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah dan jentera-jentera BN.

Tambahnya, pengundi-pengundi masyarakat India merasakan sakit hati apabila Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik yang berjanji menghapuskan tol dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Yang membawa idea mengenai tol percuma adalah calon yang bertanding di DUN Layang-Layang ini. Bukan saja mengenai tol tetapi mengatakan PTPTN dihapuskan dan perkara ini terpahat di hati pengundi dan tidak akan hilang,

“Pengundi India merasa tertipu khususnya perkara yang dekat dengan hati bagi penduduk di Ayer Hitam dan Simpang Renggam apabila calonnya telah menjanjikan akan hapuskan ‘tol’ masa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” katanya lagi.

Seterusnya kata Ahli Parlimen Baling lagi, walaupun dihina serta tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang namun beliau tetap istiqamah dalam perjuangan bersama UMNO/BN

“Saya ditangkap dan dihina, itu tidak mengapa… tetapi akan meneruskan perjuangan demi memartabatkan parti keramat UMNO/BN untuk membantu rakyat. Niat BN untuk bantu rakyat dan semangat juang untuk melihat rakyat Malaysia tidak kira berada mesti bersama-sama dengan BN/UMNO membantu rakyat. Itulah hasrat BN dan percaya akan mendapat satu keputusan yang cemerlang.

“Dah habis politik tutup buku… BN nak buat kerja, BN tidak berpolitik sepanjang zaman, itu bukan budaya UMNO/BN. BN sudah menang, tutup buku untuk politik dan buat kerja bagi rakyat dalam masa lima tahun lagi. Itulah BN bukannya macam pihak pembangkang yang setiap hari politik.

“Kita ini dibakar, direbus dan dihembus… tetap dalam parti keramat UMNO/BN. Itu saja perbezaan bukti jelas yang boleh lihat bagaimana BN dan parti-parti lain yang sedang bertanding di daerah negeri Johor ini, ” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.