Pulanglah Pengundi Luar Dan Mengundi BN – Ahmad Maslan

PARIT YAANI, 11 Mac – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyeru kepada seluruh pengundi-pengundi di luar negeri Johor agar pulang untuk menunaikan tanggungjawab serta mengundi Barisan Nasional (BN) demi kestabilan masa depan.

Katanya, ini adalah tanggungjawab kepada pengundi demi melihat negeri Johor ini terus stabil.
“Ini adalah perkara yang perlu diingatkan kepada pengundi dari luar, baliklah… malam ini atau esok pagi pergi mengundi dan jangan lewat, khuatir jalan sesak. Daripada Johor Bahru, Melaka dan negeri-negeri sekitar,… silalah pulang dan mengundi BN.

“Oleh itu pada penyokong-penyokong BN, jangan khuatir dan pergi mengundi untuk menyokong calon BN pada PRN Johor ini. Yang penting pengundi BN hendaklah keluar beramai-ramai dan kalau boleh semua keluar dan menyokong BN,” katanya kepada UMNO Online di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berharap penyokong BN mengikut saranan  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kepada penyokong-penyokong BN jangan risau apa-apa dan apabila keluar mengundi, jaga penjarakan yang dikeluarkan oleh KKM dan SPR mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan mesra kepada semua pengundi.

“Jangan risau terhadap COVID-19, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sudah mengumumkan ke fasa ‘endemik’ pada 1 April. Oleh itu COVID-19 ini sudah menjadi penyakit yang tidak akan khuatir seperti dulu,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.