Enam Dekad Tadbir Negara, BN Terbukti Bawa Kemajuan – Nur Jazlan

PULAI, 10 Mac – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berharap rakyat dapat berfikir secara rasional pada hari pengundian Sabtu ini dengan memilih parti yang membawa perjuangan rakyat bagi masa hadapan yang lebih baik.

Katanya, Barisan Nasional (BN) satu-satunya parti yang terbukti sudah berjaya membawa negara ke arah kemajuan seperti yang digapai ketika ini.

“Sudah terbukti selama 60 tahun berkali-kali manifesto telah dikeluarkan oleh BN sewaktu memerintah dan ianya telah dilaksanakan.

“Jika tidak Malaysia tidak maju seperti sekarang ini kalau BN tidak menepati janji dalam manifesto,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Mengulas lanjut berkenaan manifesto beliau menambah, Ikhtiar BN yang diumumkan pada minggu lalu adalah bersifat realistik kepada agenda pembangunan negeri ini.

Jelas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, berbeza seperti lawan terutama Pakatan Harapan (PH) yang hanya diibarat hanya merangka manifesto mengikut kehendak politik mereka.

“Ikhtiar ini bersama-sama dengan rakyat untuk realisasikan matlamat utama iaitu kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk Orang Muda Johor (OMJ), ikhtiar untuk membudayakan pentadbiran berintegriti dan ikhtiar untuk melaksanakan reformasi politik.

“PH buat janji kosong yang dia tahu tidak boleh ditunaikan malah dalam manifesto itu hanya menumpukan pada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kononnya untuk integriti dan rasuah.

“… tapi akhirnya menteri kewangan zaman dia Lim Guan Eng menghadapi tuduhan di mahkamah dan beberapa pemimpin lain seperti PKR dan sebagainya,” ujar beliau.

Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ketika ini menempuhi tempoh berkempen, Nur Jazlan memaklumkan bahawa beliau melihat respon yang positif daripada rakyat jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Saya tengok sambutan semua kaum bukan sahaja Melayu, India malah orang Cina pun amat menggalakkan.

“Berpeluang melihat sendiri di kawasan Perling ini sambil membawa calon UMNO iaitu Datuk Ramlee Bohani di Kempas dan MCA, Nicole Tan Hiang Kee di Perling… amat baik berbeza pada pilihan raya yang lepas,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.