Ibu Negara Banjir Kilat, Zahid Nasihat Elak Ambil Risiko Bahayakan Diri

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati orang ramai supaya mengelak mengambil sebarang risiko yang boleh membahayakan diri dalam berdepan bencana banjir.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya, beliau yang juga Presiden UMNO berkata beberapa kawasan di ibu negara di landa banjir kilat dan banyak kenderaan dilaporkan ditenggelami air.

“Semoga semua yang terjejas berada dalam keadaan selamat dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri.

“Kita sama-sama berdoa banjir segera surut. Semoga Allah permudahkan segala urusan,” katanya lagi.

Dilaporkan, Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan banjir kilat telah menyebabkan beberapa laluan terjejas antaranya di Besraya Expressway melibatkan laluan dari pusat bandar ke Salak Selatan, dari Kuchai ke Salak Jaya dan dari Kampung Malaysia ke Kuchai dan di Lebuh Raya Kesas mengakibatkan empat lorong terhalang.

Banjir kilat juga mengakibatkan penutupan sementara laluan di Terowong SMART melibatkan laluan masuk terowong dari Taman Desa dan Cheras menghala ke pusat bandar serta susur keluar terowong dari pusat bandar menghala ke Cheras. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.