Tawaran BN Johor Realistik, Peluang Pengundi Sama-Sama Jayakan Untuk Manfaat Bersama – Abdul Rahman

SEGAMAT, 5 Mac- Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata satu kerugian besar kepada rakyat Johor sekiranya mereka tidak menilai dan membuat penelitian sewajarnya berkaitan tawaran yang disajikan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu 12 Mac ini.

Ini kerana katanya yang juga Ketua UMNO Lipis, tawaran yang dinyatakan menerusi Ikhtiar BN Johor mencakupi pelbagai bidang dan pelbagai lapisan masyarakat yang tentunya akan memberi banyak manfaat kepada rakyat setempat.

“Saya percaya dengan Ikhtiar BN Johor yang membawa lima teras utama adalah satu tawaran yang menyeluruh. Antaranya untuk menstabilkan ekonomi Johor yang mana apabila berlakunya PRU-14 (Pilihan Raya Umum 14) tidak ketinggalan Johor tewas. KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) dalam masa 22 bulan telah jatuh dan ini yang mahu dipulihkan kembali Datuk Hasni (Hasni Mohammad).

“Bertemakan Kestabilan Masa Depan yang menggariskan lima teras utama antaranya kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk Orang Muda Johor (OMJ), ikhtiar untuk membudayakan integriti dan ikhtiar untuk melaksanakan reformasi politik adalah satu tawaran yang realistik.

“Kalau diteliti ianya telah mencakupi banyak aspek…dari segi politik, ekonomi dan dari segi orang muda. Kalau sudut politik sudah tentulah kita mahu menstabilkan politik yang mana boleh membawa kepada penjanaan ekonomi. Kalau politik tidak stabil saya percaya penjanaan ekonomi tidak akan berjaya dan di mana,” kata Ahli Parlimen Lipis itu.

Katanya lagi daripada sudut tumpuan orang muda mengambarkan BN Johor serius dengan keperluan golongan tersebut dan juga pelbagai golongan yang lain.

“Kita tahu mereka ini perlukan pekerjaan, perlukan perniagaan dan soal pelajaran dan inilah sebab dinyatakan bahawa BN mempunyai pengalaman yang begitu tinggi dari sudut pentadbiran yang mana Johor tidak ketinggalan dari sudut peningkatan ekonomi dan sebagianya.

“Dengan harapan pada PRN ini apabila BN boleh memerintah kembali teras-teras utama sepertimana yang dijanjikan dalam ikhtiar BN Johor ini dapat kita laksanakan. Maknanya satu kerugian yang amat besar kepada rakyat Johor kalau mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab tidak kira daripada parti mana sama ada UMNO, MCA MIC yang bertanding atas lambang BN…tawaran Ikhtiar BN Johor ini mencakupi semua aspek dan sudah pasti pelbagai kajian telah dibuat,” ujarnya.

Terdahulu beliau beramah mesra dengan jentera setempat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekijang dan PDM Kemelah sempena kempen PRN Johor yang memasuki fasa kedua tempoh berkempen.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.