Melawat Pameran

 

AYER HITAM, 4 Mac — Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (tengah) melawat ruang pameran ketika hadir merasmikan Riuh Keluarga Malaysia di Arena Warna hari ini.
Riuh Keluarga Malaysia yang dirasmikan malam ini mengumpulkan ratusan penggiat seni dan digital seluruh negara dan akan menjelajah ke seluruh tanah air. Turut hadir Calon Barisan Nasional N.20 Semarang Datuk Samsolbari Jamali.