Terima Kasih Anggota PDRM Sentiasa Dedikasi, Ikhlas Berkhidmat Dalam Apa Jua Situasi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam keadaan apa sekalipun sentiasa berusaha membantu rakyat.

Ahmad Zahid memberi respon demikian merujuk kepada tular satu video dari TikTok yang menunjukkan anggota polis trafik PDRM membersihkan saliran yang tersumbat hingga air melimpahi jalan.

“Barangkali air bertakung menyebabkan trafik bergerak perlahan, maka mereka cuba menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

“Bukan tugas anggota trafik memperbaiki saluran tersumbat, tetapi demi keselamatan pengguna jalan raya mereka sanggup melakukannya.

“Inilah gambaran sebuah dedikasi oleh anggota pasukan keselamatan kita yang ikhlas berkhidmat dalam apa jua situasi sekalipun,” pujinya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, Malaysia memerlukan lebih banyak kisah-kisah seperti ini diangkat supaya semua mengerti inilah nilai sebenar negara kita.

“Terima kasih juga kepada yang merakam video ini dan netizen Malaysia kerana berkongsi kisah murni itu. Terima kasih anggota PDRM,” tambahnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.