Tun M Bohong, Zahid Nafi Jumpa Minta Kes Dihentikan

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) beliau pernah bertemunya meminta supaya siasatan kes rasuah dihentikan.

Jelas Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), beliau dijemput bersama-sama dengan presiden-presiden parti oleh Tun M untuk menyokongnya bagi membentuk kerajaan perpaduan.

“Mana mungkin saya minta digugurkan tuduhan di hadapan ramai.

“Saya tidak pernah sekalipun meminta TunM untuk berbuat demikian.

“Mana mungkin saya melobi untuk digugurkan tuduhan sebelum Tun M menjadi PM7, kerana ketika itu saya adalah TPM dan tiada sebarang siasatan rasuah, jauh sekali dikenakan pertuduhan,” katanya dalam kenyataan dalam laman facebooknya, hari ini.

Sehubungan itu Zahid telah mengarahkan peguam saya untuk mengeluarkan ‘letter of demand’ (LOD) kepada Tun M untuk dia memohon maaf atas pembohongannya.

Terdahulu, dilaporkan Tun Dr Mahathir mendedahkan yang Zahid, pernah bertemunya meminta supaya siasatan kes rasuah terhadap Presiden UMNO itu dihentikan dan berkata pertemuan itu berlaku ketika ada ura-ura bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.