Fail Bertimbun… Siapa Berbohong? Jangan Percaya Hasutan Menjelang PRN – Azhari

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari mempertikai kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pendana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menuduh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membawa fail bertimbun kes mahkamah untuk diselesaikan.

Katanya, kenyataan tersebut turut dibalas dari Presiden UMNO dengan mencabar Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu bersumpah di atas tuduhan yang dibuat.

“Apa yang sudah dijangka Tan Sri Muhyiddin tidak berani. Jika beliau tidak menipu pasti tiada masalah untuk bersumpah dengan segala dakwaan ke atas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Malah sebaliknya Presiden UMNO yang berani untuk bersumpah yang dakwaan dari Pengerusi PN itu adalahbohong, ” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Persoalannya, kata Azhari, kalau difikir secara logik kenapa Presiden UMNO perlu memikul fail bertimbun-timbun untuk berjumpa dengan Pengerusi PN apatah lagi mereka boleh sahaja bercakap secara santai?

“Nampak sangat Pengerusi PN itu reka cerita dan menokok tambah perisa agar cerita tersebut nampak lebih menarik semasa beliau berucap untuk meraih undi di PRN Johor malah perkara tersebut tidak pernah berlaku,” katanya lagi.

Seterusnya tambah Azhari berharap agar pengundi Johor bijak dalam memilih pemimpin.

“Jangan percaya dengan hasutan PN dan Pakatan Harapan (PH), mereka inilah pengasas buku ‘Manifesto Bukan Kitab Suci,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.