Semangat BN Sabah Terus Utuh, Jalinan Muafakat Untuk Rakyat – Dr Zambry


KOTA KINABALU 13 Feb – Semangat yang ditunjukkan oleh Barisan Nasional (BN) Sabah dilihat cukup tinggi meskipun parti berkenaan sebelum ini dianggap sudah tenggelam selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata meskipun hanya tinggal beberapa rakan komponen, BN Sabah dilihat bergerak dengan baik malah telah mendapat kepercayaan rakyat.

“Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan perasmian persidangan perwakilan PBRS semalam (Sabtu) mengingatkan tentang pentingnya kita membuat penilaian dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang dan juga semangat di dalam BN.

“Kita dapat bekerjasama dan bersatu serta bersedia dalam memastikan supaya BN yang dulunya dianggap mungkin sudah tenggelam tetapi sudah bangkit semula kerana semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli BN yang masih ada di dalamnya.

“Demikian juga Pengerusi BN mengingatkan kita mesti ada kesediaan untuk melakukan ‘self reflection’ untuk membuat proses muhasabah upaya kita belajar daripada kesilapan-kesilapan yang dahulu untuk kita merangka serta membuat perancangan dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang,” kata bekas Menteri Besar Perak itu kepada UMNO-Online.

Dr. Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor seterusnya mengharapkan semangat serta apa yang ditunjukkan hari ini diteruskan dan sekaligus menambah kerusi kepada BN pada PRU akan datang kelak.

“Namun sepertimana yang diingatkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid, cabaran baru juga perlu diambil kira dengan digital politik hari ini.

“‘Non verbal comunication’..bagaimana kita nak gunakan sebaik mungkin khususnya di kalangan generasi baharu…generasi muda hari ini tidak lagi menggunakan alat tradisional seperti surat khabar dan sebagainya…kita juga perlu memperlengkapkan perubahan dalam perubahan politik yang ada di depan kita,” ujarnya.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.