Generasi Muda Penting Bagi Kelangsungan Pembentukan Negara – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan memberi penekanan bahawa generasi muda hari ini adalah amat penting kepada kelangsungan pembentukan negara.

Ujar Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu, semua perlu bersedia untuk membuat keputusan-keputusan penting yang akan mencorak hala tuju negara ini.

“Pelbagai platform, sama ada penyertaan politik, aktivisme atau kesukarelawanan untuk anak muda menyumbang buah fikiran dan tenaga,” ujarnya dalam satu perkongsian di Facebook.

Pagi tadi, Shahril hadir sesi santai bersama mahasiswa dan professional muda di Konvensyen Anak Muda Wilayah Persekutuan 2022 anjuran Persatuan Sukarelawan Anak Muda Wilayah Persekutuan (YOU4WP).

“Seronok berinteraksi dengan belia kita yang cukup bersemangat dan cakna dengan pelbagai isu semasa nasional.

“Daripada kerjaya, isu pendidikan, ekonomi sehinggalah ke politik, ini menunjukkan kematangan generasi muda di dalam melihat kepada dasar-dasar dan isu-isu semasa,” katanya.

Ujarnya lagi, selesai sesi dialog, beliau menyampaikan Anugerah Tokoh Sukarelawan dan watikah perlantikan ahli-ahli jawatankuasa persatuan dan ahli-ahli gabungan badan bukan kerajaan (NGO).

“Tahniah dan selamat maju jaya semuanya,” katanya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.