UMNO Terus Diuji, Dinamika Politik Benteng Kejayaan Atau Kejatuhan Parti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi berkata dinamika politik akan memperlihatkan kejayaan sesebuah parti dan ianya dapat dilihat hari ini apabila UMNO Sabah terus mengorak langkah.

Mengimbau kembali bagaimana kepimpinan UMNO Sabah yang pada satu ketika bergolak setelah 22 daripada 25 kepimpinan bahagian bertindak meninggalkan parti, suasana pada ketika itu cukup sukar.

“Dinamika politik inilah yang sedang berlaku di Sabah. Mereka tidak tertinggal melalui dinamika politik berkenaan.

“Kita imbau dulu apabila 22 daripada 25 ketua bahagian ‘mufarakah’ meninggalkan perjuangan kita tetapi Alhamdulillah berkat kepimpinan tiga sahabat UMNO Sabah terus relevan dan kuat..dan hari ini menjadi sebahagian kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengahari dan ramah mesra bersama pimpinan UMNO Sabah, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah dalam apa jua keadaan dan situasi UMNO sering berdepan dengan ujian dan itulah juga yang berlaku di Sabah.

Katanya jika sebelum ini UMNO diuji dengan kesusahan ketika menjadi pembangkang, hari diuji pula ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“kita sering diuji dan ujian tetap datang…sekarang kita diuji dengan jawatan apabila menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri.

“Rakyat sedang memerhati kita…samaada kita yang jadi sebahagian kerajaan benar-benar membantu mereka dan saya khuatir kalau persepsi kepada ‘performance’ kita.Jangan lakukan kesilapan dan jangan pandang rendah sepertimana kata-kata perumpamaan…. kerana sebiji kulit pisang kita akan  jatuh terpijak,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.