Rakyat Dah Lama Buka Mata, ‘Political Hypocrisy’ Untuk Kaburi Mata Rakyat – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa rakyat sudah lama buka mata dan cukup-cukuplah usaha untuk cuba perdayakan anak muda dengan sandiwara.

Beliau berkata demikian berhubung tindakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memohon maaf dan mengakui kesilapan ekoran merendahkan tugas dan tanggungjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR.

“Tahniah! This is political hypocrisy at its finest. Bila tersalah tembak kawan sendiri terus minta maaf.

“Sebelum ini, berdegar degar sembang pasal integriti, prinsip, transparency, berani kerana benar, jalan togak, bangkit dan sebagainya. Semuanya sandiwara oscar yang dimainkan untuk mengaburi mata rakyat,” bidasnya dalam hal terbabit.

Soalnya, macam mana untuk bangkit dengan hipokrasi, penipuan, pilih bulu dan fitnah?

“Rakyat Johor dah lama buka mata. Cukup cukuplah nak cuba perdayakan anak anak muda,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau memetik kata-kata Abraham Lincoln berbunyi: “You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time.

Terdahulu, Syed Saddiq dipetik berkata, beliau membuat permohonan maaf tersebut atas semangat kebersamaan antara Muda bersama PKR selaku rakan parti dan mengakui bahawa partinya tidak sempurna. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.