Terima Kasih Tun …

Saya amat berbesar hati kepada Tun Mahathir kerana turut mengatakan mengenai saya dalam buku terkini beliau berjudul, ‘Capturing Hope’.

Saya dididik dari kecil lagi untuk sentiasa menghormati semua agama dan juga rakyat berbilang kaum. Saya dan keluarga saya juga telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, serta akan terus membantu kebajikan semua kaum.

Tetapi saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan Agama Islam. Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD.

Berkenaan isu Statut Rom dan ICERD ini, Tun Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja, tetapi Tun juga tidak jujur sepenuhnya kepada rakyat Malaysia. Perkara yang dibuat secara tergesa-gesa pada ketika itu akan mengugat kesejahteraan
rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu.

Dengan menyerang institusi diraja, Tun tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah negara yang telah dicipta sendiri oleh Tun termasuk isu perpecahan dan asimilasi kaum.

Satu lagi pengkhianatan kepada rakyat Malaysia adalah apabila janji-janji yang dibuat kepada rakyat tidak ditunaikan.

Apa-apapun saya berdoa semoga Tun panjang umur, sentiasa menghormati semua kaum di Malaysia dan berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara. ‘I will see you soon, Tun’.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

———

THANK YOU TUN

I am honoured to be mentioned by Tun Mahathir in his latest book entitled ‘Capturing Hope’.

I was educated from an early age to always respect all religions and people of different races. My family and I have also made contributions to people of all races and religions, and will continue to assist in the welfare of all races.

But I am also a Malay and have not forgotten my duty to defend Islam. That is why I opposed the Rome Statute and ICERD.

With regard to the Rome Statute and ICERD issues, not only was Tun Mahathir dishonest to the Conference of Rulers, but Tun was also not completely honest to the people. Things done in a hurry at that time would’ve threatened the well-being of the people and affected the privileged rights of the Malays.

By attacking the royal institution, Tun will not be able to solve national problems that were created by Tun yourself, including racial divide and assimilation issues.

Another betrayal to the people was when the promises made to the people were not fulfilled.

Whatever it is, I pray Tun will live a long life, always respect all races in Malaysia and upholds the Federal Constitution.

I will see you soon, Tun.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.