Perasmian Galeri Bandaraya Pasir Gudang

PASIR GUDANG 9 hb Dis – Menteri Besar Johor Datuk Hasni Hj Mohamad mengiringi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk menyempurnakan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di Menara Aqabah, Pasir Gudang, hari ini .
Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Hadir sama, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Dato’ Abdul Rahim Ramli; Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani dan Datuk Bandar MBPG, Dato’ Asman Shah Abd Rahman.
Terdahulu, DYMM Sultan Johor turut berkenan merasmikan dan melawat Galeri Bandaraya Pasir Gudang.- FB: Hasni Mohammad

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.