Wanita UMNO Terus Perkasa Medium Penerangan, Sesuaikan Senario Semasa – Norshida
KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata medium Penerangan Wanita di semua peringkat akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa dengan melihat cabaran terkini khususnya untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut beliau segala aspek termasuklah soal berkempen yang tentunya akan disesuaikan dengan prosedur operasi standard (SOP) sudah pasti melibatkan beberapa pendekatan baharu termasuklah ceramah secara maya dan sebagainya lagi.
“Pagi ini saya hadir ke Majlis Taklimat Perkasa Potensi Diri Anjuran Penerangan Wanita Selangor. Bengkel satu hari ini padat dengan pengisian yang mantap.
“Ini untuk persediaan semua ketua penerangan wanita membiasa kan diri dalam mengendalikan ceramah ‘online’ dan juga menggunakan media sosial sebagai medium berkempen nanti,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Tambah beliau lagi banyak pendekatan lain yang akan terus diperkasakan menerusi Penerangan Wanita UMNO supaya segala input yang diketengahkan benar-benar turun ke bawah.
“Semoga apa yang di laksanakan Wanita UMNO Selangor hari ini membawa manfaat dan faedah yang luas kepada jentera Wanita. Tahniah ketua Penerangan Wanita UMNO Selangor Suhaila M. Zin yang mengaturkan program yang sangat baik ini,” ujarnya.
Program sehari itu dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Rosni Sohar. – UMNO Online
Oleh: Azman Abas