Mesyuarat Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri-Negeri (MEXCOPT)

KUALA LUMPUR 8 hb Dis — Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempengerusikan Mesyuarat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri-Negeri (MEXCOPT) semalam.
MEXCOPT merupakan platform strategik dalam memperkasa peranan serta kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Exco-Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ia juga membincangkan soal pelaksanaan dasar, hala tuju dan strategi yang akan diguna pakai KPKT dalam mendepani cabaran perumahan dan perbandaran baharu.- FB: Reezal Merican Naina Merican

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.