Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Persatuan Pesara Polis Negeri Johor Ke-60


JOHOR BAHRU 6hb Dis—Menteri Besar Johor Datuk Haji Hasni Mohammad merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Persatuan Pesara Polis Negeri Johor Ke-60 di Pulai Spring Resort semalam. Persatuan ini merupakan antara yang terawal ditubuhkan di negeri Johor dan sudah pasti pelbagai aktiviti sudah berjaya dianjurkan. Justeru, sebagai sebuah persatuan yang telah lama wujud, disarankan supaya mereka juga dapat menyantuni golongan muda.- FB : Hasni Mohammad

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.