Wakil Rakyat Perlu Turun Selami Kehidupan Masyarakat, Jika Tidak Rakyat Akan Turunkan …

PONTIAN, 3 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata wakil rakyat perlu meluangkan masa untuk turun ke padang bagi menyelami kehidupan masyarakat.

Ini kerana katanya, jika tidak rakyat yang akan bertindak dalam pilihan raya kelak dengan menurunkan mereka.

“Wakil rakyat kena turun padang, turun darat, turun laut … jika tidak, rakyat akan turunkan,” katanya.

Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian telah melakukan tinjauan dan bersama-sama persatuan nelayan tempatan di Sungai Ayer Baloi, di sini.

Dalam masa yang sama, beliau berkesempatan memberikan bantuan termasuklah pelambung besar bagi kegunaan para nelayan melaksanakan rutin harian.

Jelasnya, bantuan dari kerajaan kepada para nelayan telah diberikan iaitu melibatkan elaun bulanan untuk kegunaan sara hidup, subsidi minyak dan lain-lain.

“Saya juga dapat peruntukan untuk bina pasar di sini agar para nelayan dapat pasarkan terus hasil tangkapan tanpa orang tengah agar harga terkawal selain dapat menguntungkan nelayan secara terus dan juga rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.