Persidangan Cawangan Lancar, Tunjang Sokongan Akar Umbi Demi Perjuangan UMNO – Hisham Suhaily

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Wanita UMNO Langkawi, Hisham Suhaily Othman melahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada seluruh cawangan Wanita di bahagian berkenaan yang telah selesai mengadakan mesyuarat masing-masing sepertimana yang ditetapkan oleh parti.

Menurut beliau, kelancaran persidangan yang melibatkan 90 cawangan Wanita UMNO yang ada di Langkawi adalah kekuatan parti yang bertunjangkan akar umbi.

“Alhamdulillah, tidak ada satu cawangan pun yang gagal mengadakan mesyuarat mereka sebaliknya masing-masing dilihat cukup bersemangat untuk melaksanakan rutin tahunan itu. Selesai 90 cawangan Wanita UMNO yang telah bersidang berakhir semalam iaitu, cawangan Kg Tanjung Kedawang, cawangan Ket Log, cawangan Bohor Berendam, cawangan Tanjung Lembung dan cawangan Bukit Murang.

“Tiada satu pun yang gagal mengadakan persidangan. Tahniah diucapkan. Terima kasih kepada semua Ketua Wanita UMNO Cawangan, Ahli Jawatankuasa dan ahli Wanita UMNO yang komited,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO seterusnya menambah itulah semangat yang cukup membanggakan dan percayalah kekuatan parti tunjangnya di akar umbi.

“Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian yang turun padang hadir beramai-ramai memberi sokongan dan juga kepada Mak Angkat dan juga Penyelaras yang memastikan kelancaran persidangan. Anda semua Wanita Luar Biasa.

“Kombinasi pelbagai peringkat insya Allah tentunya akan memberi kekuatan yang padu kepada parti dan kami Wanita UMNO pelbagai lapisan sentiasa teguh di belakang parti. Insya Allah Wanita UMNO Langkawi akan terus bergerak dan selepas ini mesyuarat di peringkat bahagian pula akan menyusul.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.