Simbolik Pelancaran Skuad Vaksinasi Bergerak

PAPAR 30hb Nov — Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid melakukan tinjauan ke Pusat Vaksinasi Daerah Papar dan melancarkan secara simbolik Skuad Vaksinasi Bergerak KPLB, MARA liner & Pusat Kesihatan Daerah Papar (Wheel RAVO)
Tahniah MARA Liner dan PKD Papar yang menjayakan Rapid Assessment Vaccination Operation (RAVO) untuk percepatkan pemberian vaksin kepada penduduk luar bandar di Papar semalam.
Terdahulu, MARA Liner telah mengubahsuai 6 buah bas untuk dijadikan PPV Bergerak dengan 9 kaunter termasuk untuk kegunaan OKU.- FB: Mahdzir Khalid

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.