Asyraf Tempelak Pihak Tidak Bertanggungjawab, Sebar Fitnah Yang Tidak Masuk Akal

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menempelak pihak-pihak tertentu yang mengubahsuai serta melemparkan tohmahan terhadap beliau dengan fitnah yang tidak masuk akal.

Jika sebelum ini, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang lalu, ditularkan video-video lama kononnya Asyraf memeluk wanita bukan muhrim sedangkan mereka yang dilihat menerusi video tersebut adalah ibu serta adik-beradik beliau sewaktu penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU)-14 yang lalu.

“Macam-macam usaha untuk memfitnah zaman sekarang ni. Bukan susahpun edit gambar dan masukkan kenyataan palsu seperti ini. Itupun ramai percaya.

“Sama seperti video tular yang kononnya saya peluk wanita bukan mahram, pak-pak lebai pun boleh tahan menularkan video berkenaan sedangkan mereka adalah ibu dan adik-beradik kandung saya waktu penamaan calon PRU-14 2018,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Menerusi tangkap layar yang dimuatnaik Dr Asyraf, kononnya beliau mengatakan kerjasama dengan DAP adalah lebih baik berbanding BERSATU.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, para netizen turut memuatnaik kenyataan yang membidas perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut, antaranya Syed Mohd Johan Rizal yang mengatakan apabila ketiadaan modal untuk menyerang, itulah antara tindakan terdesak pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

“Dah tiada modal, fitnah la jadi senjata. Jadi lah ahli politik yang ada maruah dan kreadibiliti. Bertanggunjawablah atas apa ilmu dan maklumat yang diberikan kepada rakyat dan masyarakat kerana akhirnya merekalah yang akan menerima kesannya jika silap pertimbangan. Seperti apa yang dihadapi kini. Negara dan bangsa dirundung ketidakstabilan akibat dari fitnah fitnah yang berleluasa,” ujarnya.

Manakala seorang lagi netizen yang menggunakan nama MD Nizam berpendapat itu antara cabaran di akhir zaman apabila fitnah muadh sahaja disebarkan begitu sahaja.

“Inilah cabaran di akhir zaman ni… Fitnah tersebar macam angin je…,” ujarnya- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.