Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Melaka

MELAKA, 21 Nov — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah dan Taat Setia Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Ayer Keroh, hari ini.