JR Wanita Tetap Komited Di Celah-celah Kempen Norma Baharu – Latipah

TANGGA BATU, 14 Nov – Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Latipah Omar berkata jentera wanita iaitu Jalinan Rakyat (JR) tetap komited melaksanakan tugas masing-masing biarpun terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta agensi berkaitan yang lain.

Langkah itu kata beliau tetap dilaksanakan dengan pelbagai kaedah dalam usaha memastikan calon-calon Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.

“Momentum jentera wanita cukup terbaik dan kita patuh kepada SOP. Cuma pada waktu-waktu kritikal ini saya minta supaya masing-masing kenal pasti dan keluarkan pengundi-pengundi yang kita dah kaji putih bagi kita. Kelabu tidak pinggirkan sama sekali.

“Calon-calon lama 21 peratus orang dah kenal dan calon-calon baru perlu dikenali oleh pengundi. Jadi JR di mana-mana tempat dah buat macam-macam untuk memastikan pengundi dapat kita dekati setelah tertakluk kepada SOP dan sebagainya. Kita buat program bacaan yasin dan sebagainya,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menggesa dan berharap agar pengundi di Melaka tidak mudah terpengaruh dengan segala dakyah serta janji palsu pihak lawan dalam membuat pilihan pada hari pengundian nanti.

“Saya mintalah pengundi-pengundi di luar sana janganlah terpedaya dengan janji-janji palsu…seluruh kawasan kita dah bergerak. Kita mahukan juga undi daripada rakan-rakan BN yang lain. Kaum Cina, India dan sebagainya. Kepada rakan kita dalam PAS pula pertimbanglah sebaiknya dan berilah undi kepada BN,” ujarnya.

Sementara itu beliau yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning melahirkan rasa bangga dan melihat manifesto BN Melaka yang diumumkan beberapa hari lalu adalah yang terbaik.

Malah beliau mengakui ianya cukup mudah difahami oleh rakyat dengan penekanan kepada aspek serta pelbagai bidang tertentu yang jelas satu tawaran terbaik untuk rakyat negeri berkenaan.

“Bangga dengan manifesto kita…mudah. Kestabilan maknanya stabil daripada banyak perkara iaitu politik, kestabilan ekonomi dan sebagainya.

“Apabila semuanya stabil dan berada dalam keadaan tenang kemakmuran itu akan muncul kemudian. Kemakmuran inilah yang saya mahukan dalam keluarga Melaka itu sendiri,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.