Orang Melaka Perlu Berhati-hati Dengan Strategi ‘Pembunuhan Karakter’ Terhadap Calon BN

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Orang Melaka perlu berhati-hati dengan strategi pembunuhan karakter yang sedang diulangi di dalam Pilihan Raya Negeri (RPN) Melaka, nasihat Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, pembunuhan karakter yang bertujuan merosakkan nama baik calon BN seperti mana dilakukan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Bertujuan memperdaya perhatian rakyat daripada isu-isu mendasar kepada isu-isu yang menyerang peribadi calon BN.

“Bagaimanapun saya yakin rakyat Melaka berfikiran rasional dan dapat menilai propaganda yang memanipulasi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnnya, BN bercerita tentang mengembalikan kestabilan demi kemakmuran Melaka, manakala terdapat pihak lain yang gigih memperlekeh calon BN.

“Semoga rakyat Melaka tidak menghiraukan itu lagi kerana yang penting bersama mengembalikan Melaka ke landasan sebenar.

“Kita sudah bosan dengan pendekatan lawan politik BN menghasut rakyat membenci dan memandang hina peribadi,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi.

Seharusnya tegasnya, apa yang diperdebatkan adalah kompetisi ideologi, dasar, kemampuan, keberkesanan mentadbir, kejujuran dan keikhlasan parti.

“Fokus utama adalah tentang BN kembali sebagai sebuah kerajaan demi masa depan rakyat dan negara.

“Justeru misi rakyat Melaka memastikan kemenangan BN dalam PRN kali ini juga merupakan misi seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.