Sulaiman Pertahankan Kerusi DUN Lendu

MASJID TANAH 8 Nov – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan berdepan dua lagi saingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung 20 November depan. Sulaiman daripada Barisan Nasional (BN) akan berdepan calon daripada Pakatan Harapan (PH) dan juga Perikatan Nasional (PN). PH meletakkan Mohamad Asri Ibrahim, manakala PN pula meletakkan Mejar (B) Abdullah Mahadi sekaligus menyaksikan pertembungan tiga penjuru untuk DUN Lendu. Proses penamaan calon bagi DUN Lendu berlangsung di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Lendu, di sini, pagi tadi. Foto – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.