Pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara

BANGI, 1 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menyempurnakan gimik Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia di Institut Genom Malaysia hari ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba (dua, kiri), Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (kanan) dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (dua, kanan)