Infografik Palsu, Kaitkan Ahmad Zahid Beri Kata Putus Pada PAS

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Barisan Nasional (BN) Command Center memaklumkan adanya aktiviti penularan satu infografik palsu kononnya mengaitkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata putus untuk PAS agar hanya menggunakan logo atau bendera mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka atau hubungan Muafakat Nasional (MN) dibubar.

Ahli BN dan pihak awam dinasihati agar tidak terpengaruh dengan agenda jahat pihak tertentu dalam memburukkan imej BN menjelang PRN Melaka yang semakin hampir.

Command Center turut menasihati agar orang ramai sentiasa melakukan rujukan kepada laman-laman rasmi media sosial seperti BN Comms dan UMNO-Online bagi sebarang berita informasi serta maklumat yang sahih. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.