PRN: BN Bawa Kemakmuran, Pemimpin Berkaliber Dan Pengalaman

JASIN, 29 Okt – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberi signifikannya tersendiri buat rakyat di negeri ini dalam memilih kerajaan baharu bagi memimpin ke arah pembangunan kelestarian bandar bersejarah itu.

Bagi Zaharuddin Zahari yang merupakan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Molek beliau meluahkan dukacita terhadap pentadbiran terdahulu yang dikepalai Pakatan Harapan (PH).

“Selepas PRU14 pemerintahan daripada PH selama 22 bulan amat mengecewakan dengan janji manifesto tidak ditunaikan.

“Kita di Melaka perlukan satu kerajaan yang stabil kalau ikut ketika PH tidak memenuhi hasrat rakyat susah la kami ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Zaharuddin lagi, ketika kerajaan negeri diambil alih kembali oleh Barisan Nasional (BN) beliau meluahkan kesyukuran kerana dipimpin oleh Datuk Seri Sulaiman Md Ali seorang yang dikenali sebagai berkaliber dan berpengalaman.

“Alhamdulillah pada ketika itu Melaka kembali kepada BN, saya bersyukur kerana kami miliki seorang Ketua Menteri yang cemerlang berkhidmat untuk rakyat.

“Pertama sekali beliau dapat selesaikan isu air kerana ketika PH dulu sampai kena catu air,” ujar beliau.

Sementara itu, beliau juga berharap PRN ini berpihak kepada BN kerana sejarah telah membuktikan negeri ini mencapai kemajuan sejak dahulu lagi kerana diterajui oleh BN.

“Diharapkan BN mampu bentuk kerajaan dengan menang dua pertiga dalam DUN Melaka kita perlukan kerajaan yang kuat pada ini.

“Jadi kita harapkan nanti negeri ini dapat ditadbir dengan baik.

“Rakyat Melaka pun tahu la selama kita ada kerajaan ini jelas terbukti dipimpin oleh BN adalah yang paling stabil dan kuat ,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.