PRN Melaka : Wanita UMNO Sedia Berdepan Segala Bentuk Kempen – Norshida

MASJID TANAH, 23 Okt –  Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim percaya dan yakin jentera Wanita sedia berdepan dengan segala bentuk kempen yang bakal diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan (SPR) serta agensi lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Oktober depan.

Menurut beliau keyakinan berkenaan bersandarkan kepada gerak kerja sebelum ini yang telah dilaksanakan selain segala pengalaman yang ada pada Wanita UMNO untuk terus menerus membantu parti sepanjang tempoh berkempen kelak.

“Alhamdulilah, hari ini saya dapat bersama-sama dengan  Datuk  Seri Dr.Noraini Ahmad Ketua Wanita UMNO Malaysia serta kepimpinan Wanita UMNO Melaka sempena pelancaran Jentera Jalinan Rakyat Wanita UMNO sempena PRN Melaka.

“Walaupun untuk PRN kali ini tidak dibenarkan ziarah rumah ke rumah seperti kelazimannya, jentera JR Wanita akan berusaha sebaik mungkin memastikan kemenangan UMNO dalam PRN kali ini, insya Allah,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Hari ini Wanita UMNO melancarkan Jenteranya yang disempurnakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh. Turut bersama pimpinan Wanita UMNO yang lain.

Norshida yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat seterusnya menambah dalam apa jua keadaan serta cabaran, insya Allah Wanita UMNO akan tetap setia membantu parti agar ianya terus diyakini rakyat.

Apatah lagi katanya lagi dalam keadaan kempen norma baharu pada PRN kali ini, sudah tentu ianya menuntut kepada segala bentuk pelaksanaan yang bersesuaian dengan kehendak semasa.

Wanita UMNO tetap semangat

Berjuang berbakti untuk rakyat

Setia menabur khidmat

Demi parti UMNO keramat

 

Semoga dilindungi dengki khianat

Dihindari dendam kesumat

Perjuangan penuh berkat

Dipermudahkan urusan dunia akhirat

 

“Insya Allah kami Wanita UMNO akan berusaha sebaik mungkin bukan sahaja berjuang untuk parti malah  perjuangan untuk rakyat,” ujarnya.

 

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.