Melawat Mangsa Kebakaran

MASJID TANAH 15 April–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Puan Nurisah Tahir, 79, yang mengalami kebakaran rumah di Kg Seri Terubuk, DUN Lendu di sini hari ini. Turut sama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.