Menyaksikan Pertukaran Nota Kerjasama Antara Dua Kementerian

PUTRAJAYA, 31 Mac — Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (dua, kiri) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menyaksikan majlis pertukaran Nota Kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diwakili oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Wan Suraya Wan Md Radzi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diwakili oleh Ketua Setiausaha, Datuk Mohd Shafiq Abdullah (kanan) di Kementerian Kesihatan hari ini.
Nota kerjasama itu bagi pelaksanaan program dan aktiviti di bawah inisiatif Gaya Hidup Sihat Komuniti Perpaduan-Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi tempoh 2021-2025

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.