Bersama Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

DUNGUN, 31 Mac — Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (tiga, kanan) beramah mesra bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada majlis APC Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al Muktafi Billah Shah hari ini.
Turut sama Pengurus Ketengah, Datuk Razali Idris (dua, kanan) dan Pengurus Besar Ketegah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.
Seramai 31 pegawai dan kakitangan Ketengah menerima APC atas perkhidmatan cemerlang mereka sekaligus dapat menjadi contoh kepada kakitangan lain untuk terus berdaya saing.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.