Pembahas Pemuda Gambarkan Situasi Kini Dengan Perkahwinan Nobita-Doraemon, Gamatkan Dewan

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Kisah perkahwinan Nobita dan Sizuka dalam filem Doraemon hari ini menggamatkan Dewan Merdeka apabila pembahas usul ucapan dasar Presiden UMNO daripada Kedah, Mohamad Fadzil Zolkipli menggambarkan situasi politik negara dengan perkembangan terkini cerita berkenaan.

Kata beliau jika dulu-dulu cerita berkenaan cukup popular dengan Sizuka dan Nobita dalam ‘size’ badan yang kecil, hari ini suasananya telah berubah setelah ditayangkan di pawagam apabila kedua-dua aktor berkenaan berkahwin.

“UMNO dan BN tidak boleh lagi dipersepsikan dengan imej klasik, fosil dan sebagainya. Pengundi muda dah begitu ramai. UMNO dan BN perlu membina pelapis kepimpinan menerusi proses peramajaan.

“Parti tidak akan rugi apa apa-apa pun malah parti akan dlihat dan akan diberi kredit kerana berani menonjolkan… meremajakan… yang rugi parti ka… kita pentingkan parti atau sebaliknya. Kita mahu parti kita menang.

“Zaman ini dah berubah… dah bukan generasi X dah… nak masuk generasi Y dah… lepas ni Alfa… lepas tu Beta. Kalau dulu Nobita itu kecil dalam cerita Doraemon tetapi hari ini kalau kita pergi tengok wayang filem Doraemon yang baru, Nobita dah bekahwin dengan Sizuka,” katanya.

Kata beliau lagi hakikat tersebut menggambarkan zaman pemimpin-pemimpin yang harus ditonjolkan dengan sebaik mungkin malah para pengundi juga tidak sepertimana zaman dahulu.

“Saya nak tanya Pengerusi Tetap, boleh atau tidak senaraikan tiga buah lagu Allahyarham Ahmad Jais… mungkin bolehlah saya bacakan sebab saya pun minat Ahmad Jais… tetapi hari ini jika diminta senaraikan dua buah lagu Nabila Razali, bagaimana?”

Soalan beliau itu spontan dijawab yang menyebabkan Dewan Merdeka gamat seketika. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.