UMNO Sudah Terbukti Sebagai Agen Perpaduan – Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 27 Mac – UMNO merupakan parti yang menjadi harapan kepada rakyat dalam memastikan nasib mereka terbela, kata Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Menurutnya, UMNO merupakan sebuah parti yang berpengalaman dan sudah terbukti memartabatkan bangsa dan agama sepanjang mentadbir negara selama enam dekad.

“Kita balik ke 60, 40 tahun dahulu orang kenal dengan perjuangan UMNO, jika orang mahukan bantuan UMNO juga yang dicari.

“Rakyat masih rujuk kepada kita rakyat masih mencari kita, kerana apa?

“Kerana kita mempunyai pengalaman panjang dalam memberi khidmat kepada rakyat.”

Tambah Menteri Pengajian Tinggi itu lagi, selain membela nasib orang Melayu, UMNO juga merupakan agen penyatuan dalam membawa perpaduan kepada rakyat Malaysia

“UMNO telah terbukti menjadi agen penyatuan kepada rakyat Malaysia walaupun kita kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Kerana perjuangan kita itulah yang menyatu padukan rakyat,” katanya lagi dalam ucapan penggulung sempena Perhimpunan Wanita UMNO hari ini. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.