Tirai PAU 2020 Dibuka, Perwakilan Patuhi SOP Pastikan Persidangan Lancar

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 bermula hari ini dengan para perwakilan yang hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan iaitu pelaksanaan norma baharu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasakan di kawasan berkaitan.

Para perwakilan yang hadir ke persidangan kali ini amat terhad sebagai langkah bagi mengelakkan kesesakan dan orang ramai berkumpul agar persidangan dilaksanakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Persidangan hari ini bermula ucapan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyempurnakan majlis perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bertempat di Dewan Merdeka.

Seterusnya, ketiga-tiga sayap UMNO akan melaksanakn persidangannya secara berasingan dengan Wanita di Dewan Tun Dr Ismail, Pemuda di Dewan Tun Hussein Onn sementara Puteri di Dewan Merdeka.

PAU 2020 telah dua kali tertangguh kerana penularan wabak pandemik COVID-19.

Terdahulu MKT menetapkan tarikh pada 26 hingga 31 Oktober 2020 yang kemudiannya pada 31 Januari 2021 tetapi terpaksa juga ditangguhkan ekoran Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

PAU 2020 telah bermula dengan mesyuarat ahli-ahli UMNO di akar umbi iaitu peringkat cawangan dan Bahagian yang usulnya diangkat ke PAU 2020. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/03/ATURCARA-SAYAP.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.