PAU 2020: Mengukuhkan Solidariti Dalam Suasana Norma Baharu

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Perhimpunan Agung UMNO 2020 merupakan satu platform yang terbaik untuk mengukuhkan perhubungan sesama anggota hingga ke akar umbi UMNO.

Bagi Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Azril Rizal Yusof Datuk Seri Mohd Sarit merasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana minggu ini akhirnya para perwakilan UMNO berpeluang bersama kembali untuk merapatkan saf, mengukuhkan solidariti dalam meneruskan tradisi menjalankan tanggungjawab dan amanah bagi lebih tiga juta ahli di seluruh negara untuk parti keramat yang tercinta ini.

“Walaupun secara tradisinya, Perhimpunan Agong UMNO diadakan pada setiap hujung tahun, tetapi untuk Perhimpunan Agong 2020, ia terpaksa ditangguh sebentar atas faktor kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Perhimpunan Agung UMNO kali ini dijalankan dalam keadaan norma baharu. Ini kali pertama Perhimpunan Agong UMNO dijalankan dengan kaedah seumpama ini. Semuanya cukup bersejarah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh mengalu-alukan dan mengucapkan Selamat Bersidang kepada semua perwakilan ke Perhimpunan Agung 2020. 

Dalam pada itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2020 merupakan persidangan kali pertama yang dilakukan di dalam suasana yang berbeza dari sebelumnya.

“Selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di seluruh negara samada yang berada di PWTC atau di 190 bahagian masing-masing sempena Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2020.

“Semoga PAU 2020 akan menjadi satu persidangan yang akan meniup roh semangat yang segar dalam menempuhi PRU-15 akan datang… insya-Allah. Selamat bersidang buat semua.”

Sementara itu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris sependapat dengan rakan-rakan Exco yang lain bahawa sambutan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijalankan tahun ini sungguh berbeza kerana kita tidak dapat berkumpul seperti dahulu.

“Inilah yang terbaik untuk kita. Saya yakin semangat ahli UMNO sama ada di bahagian mahupun cawangan terus berkobar untuk bersidang secara online. Matlamat kita masih sama iaitu untuk memastikan UMNO terus mara bagi tahun-tahun akan datang. Semangat tuan-tuan dan puan-puan di akar umbi adalah kekuatan sebenar UMNO kerana kita adalah perjuang bangsa dan agama.

“Keris disanding bersama tombak, diasap setanggi bunga teratai, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

“Fitnahlah macam mana sekali pun, tuduhlah sekali mana pun dan ugutlah sekali mana pun. UMNO tidak akan gentar. Saya mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2020,” ujarnya – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.