Kekalkan Kerusi Tradisi, Wanita UMNO Kelantan Bangkit Teguhkan Kekuatan

KUALA LUMPUR, 27 Mac – UMNO Kelantan bangkit berjuang untuk memastikan kekal bertanding di kerusi yang ditandingi parti itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kata Pembahas Usul Wanita UMNO bagi Negeri Kelatan, Norwahida Patuan.

Katanya gerak kerja telah dilakukan di seluruh pelusuk negeri, Parlimen, pusat daerah mengundi untuk memastikan mood pengundi tidak berubah.

“Malah kami terus suntik keyakinan bahawa di bahu kami ini UMNO akan terus bangkit dan kuat semula.

“Semangat kami terus menyala dan membara, seluruh negeri kami bawakan berita, kita mesti bangkit mengekalkan kerusi kita, paling tidak mendapatkan semula undi-undi yang pernah di nista sewaktu pilihanraya lalu.

Norwahida yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jeli berkata Wanita juga telah menggerak Jalinan Rakyat dengan agresif dalam persiapan menuju ke pilihan raya.

“Kali ini peniup semboyan bukan lagi kita, jadi kita perlu siapkan diri. Sokongan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub selaku Pengerusi Perhubungan Negeri tidak pernah terhenti dan terlalu tinggi kepercayaan yang diberi kepada kami.

“Justeru itu, apa lagi yang harus kami tunggu, semuanya seperti sudah tidak cukup hari kami menanti bagi ingin membuktikan usaha kami ini selebihnya kita berserah kepada takdir Ilahi. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.