PAU 2020: Nakhoda Besar UMNO Perjuangkan Rakyat, Satukan Bangsa

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail mengharapkan Perhimpunan Agung 2020 ini menjadi platform terbaik yang menunjukkan bahawa UMNO bersedia untuk kembali bangkit demi memperjuangkan nasib rakyat dan menyatukan bangsa.

Rizam berkata selain itu sikap disiplin yang tinggi dalam parti juga amat penting untuk memastikan parti kekal berteraskan ahli akar umbi yang terus mempertahankan parti.

“Penting bagi semua ahli UMNO untuk menyatakan pendirian hala tuju kita masa depan, jatuh bangunnya parti keramat ini.

“Sebagai ahli parti untuk bekerja sebagai satu pasukan di bawah satu nakhoda itu yang benda paling penting bagi saya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar itu kepada UMNO-Online.

Jelas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor itu lagi, UMNO memainkan peranan yang cukup besar kerana kekuatan ahlinya serta prinsip berparti yang cukup jelas.

“Kita berada di bawah satu nakhoda yang besar dan sekiranya kita bergerak dalam satu pasukan sudah astinya kita bukan sahaja digeruni oleh pihak lawan malahan dihormati oleh kawan,” katanya.

Sementara itu bagi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Hakasah Abu Hasib beliau mengharapkan perhimpunan agung ini menjadi penanda aras baharu bagi parti.

“Jadi kira harapkan perhimpunan agung ini dapat beri satu keputusan yang kita boleh bawa bersama di bahagian masing-masing.

Katanya ini kerana pelbagai isu yang timbul baru-baru ini yang menjadi persoalan kepada rakyat terutama ahli akar umbi parti.

“Kita harap kita dapat satu keputusan yang boleh memuaskan hati , khususnya yang di bawah yang hari ini rata-rata tertanya tanya ke manakah sebenarnya hala tuju.

“Jadi kita akan akurlah dengan keputusan yang dibuat ketika perhimpunan ini nanti dan memberi manfaat supaya kita dapat hala tuju yang jelas,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.