Pembeli Projek Rumah Projek PR1MA Pahang

KUANTAN, 20 Mac — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua, kanan) menyampaikan replika kunci kepada salah seorang pembeli, Semara Abdul Wahab, 53 (dua, kiri) yang ditemani suaminya Hamdan Abdul Hamid, 64, (kiri) pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek PR1MA Pahang di Perumahan Makmur Gambang Jaya 2, hari ini.
Sebanyak 203 unit rumah PR1MA di taman perumahan itu siap dibina bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah.
Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan II yang juga Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang Datuk Abdul Rahim Muda.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.