Bantuan Kewangan e-Kasih Bernilai RM13.2 Juta

JOHOR BAHRU 24 Feb–Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad menyerahkan replika cek Bantuan Kewangan e-Kasih bernilai RM13.2 juta disampaikan kepada Pegawai Daerah Johor Bahru Abdul Rahman Salleh yang mewakili semua daerah di negeri ini.
Bantuan berkenaan akan diserahkan kepada 22,002 penerima yang berdaftar dan disahkan dalam sistem e-Kasih di bawah Pejabat Pembangunan Negeri Johor, Jabatan Perdana Menteri hingga 31 Januari 2021.
Penerima bantuan akan mendapat bayaran tunai RM300 yang dibuat dalam dua fasa. Bayaran pertama dijangka dibuat pada Mac ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.