Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan Dan Perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan.

KUANTAN 21 hb Feb — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah perkenan berangkat bercemar duli, menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan dan Perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan.Berangkat sama mengiringi Baginda ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, serta Paduka-Paduka Anakanda.-Sumber FB : Wan Rosdy Wan Ismail